Ahad, 13 Januari 2013

Mesyuarat Agong PPIZAF4

Mesyuarat Agong PPIZAF4 telah diadakan di Dataran Permainan Fasa 4. Mesyuarat telah berlangsung dalam suasana harmonis dan muhibah. Tahniah kepada Ahli-ahli Jawatan Kuasa yang telah dilantik, semoga perjuangan dan pengorbanan kalian diberi ganjaran setimpal oleh Allah SWT dan semua ahli memberi kerjasama yang jitu bagi memperkukuhkan persatuan kita ini. Ribuan terima kasih kepada bekas-bekas AJK semoga kalian akan terus menyumbang idea, pengalaman, dan tenaga untuk memastikan persatuan ini mencapai matlamat penubuhannya. Senarai AJK-AJK akan dimaklumkan kemudian.